Wednesday, May 2, 2012
orkid ungu orkid biru
selama ini tiada perasaan dan tidak perasan akan kehadiran didalam hari-hari ini.membantu dalam diam,menyokong dalam tawa,
bila memori mengundur masa ke belakang,baru kusedar terlalu bahagia sebenarnya.mengapakah begini? adakah aku dipukau oleh dunia dan dosa menyelubungi hari-hari yang indah sampai dibutakan mata untuk melihat keindahannya.
cahaya yang mengisi,menjadi penyeri.
walaupun kecil tegak berdiri,
kerana disirami dan ditaburi baja hari ke hari
akan ku ingat jasa dan bakti sampai hilang degup dihati.
kau lah orkid ungu.
sejuk seperti salji terik seperti mentari pagi,
selalu berada disisi sekarang pandai membawa diri.
bermurah hati itu lah peribadi
menyinar sepanjang hari tersentuh dihati.
kau lah orkid biru.
ini sahaja yang dapat ku coretkan
untuk menjadi ingatan jika ketiadaan
dari saya untuk kamu
wahai dua orkid pujaan selalu.
Friday, April 20, 2012
adohhhhhh
ponek den tulih panjang-panjang. hilang macam tuh ajo. adehhh. kono poiii pokan lah jawabnye haishhhhhhhhh.
Thursday, April 19, 2012
PEACE

gajah diseberang lautan sukar dilihat ini kan kuman semut disebelah? agak dah buta apa?
memang setiap kita selalu melakukan kesilapan,dan dari kesilapanlah kita belajar untuk menjadi lebih baik. tegurlah sesiapa sahaja jika kamu mahu tegur dan pastikan teguran kamu itu tidak menyakiti orang lain. manusia yang berada disekeliling adalah cermin yang indah untuk diri kita. kelemahan,kekuatan,kecantikan,kehodohan,kepandaian,kebodohan dan lain-lain, semua yang dijadikan berpasangan. jika terasa nikmat,sakit,baik,jahat bersyukur lah kerana semuanya dari-Nya.
*muhasabah diri. (peace)
Thursday, December 29, 2011
terima kasih

kadang kadang kita berada dalam keadaan tenang,
dalam tenang ada kemuskilan datang,
sampai bermain diminda dengan satu hasutan halus,
sampai terlupa sang gegaran jauh ditiggalkan.
berjalan ditemani bayang bayang,
tetapi bila gelap ia pun hilang,
bermula hidup yang gelap ditemani cahaya yang malap,
dengan getar cinta yang pundar.
terima kasih kerana banyak membantu,
untuk merasakan cinta yang mendalam,
jatuhan tetap jatuhan,
tetapi ku ambil untuk mengikuti sang pangeran cinta
syukran
Friday, November 18, 2011
persatuan dan bersatu ?

assalammualikum and hyee.. (dah macam video member aku buat dah) teeeeeeeeeeeet*
aku disini cuma mahu berkongsi pendapat aku tentang persatuan yang tidak menyatukan dan lebih membahayakan lagi adalah persatuan yang yang yang APE EHH?? ahh lupa kan sahaja lah.nanti aku ingat aku message ok.
berbalik kepada topik diatas,aku ingin menyampaikan,persatuan tidak bersalah,tetapi yang bersalah disini ialah ORANG atau bahasa lainnya MANUSIA yang macam binatang. sikit sikit nak bergaduh,padahal satu agama,mengucap TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH,NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH,tapi masih lagi bertikam lidah dan salah-menyalah.sebagai contoh,dalam malaysia sahaja sudah,UMNO fight dengan PAS,PAS fight dengan john cena.dan pakatan rakyat fight dengan sape sape entah. kita ni dah lah satu agama,jangan lah macam ni,macam mana kita nak menang kalau tiada perpaduan disini.yahudi dah lah pandai,negara sekecil semut tu pon boleh makan negara sebesar palestin. di MALAYSIA pun juga bergitu, negara kita yang besar tunggu masa sahaja singa yang berpura-pura baham harimau di hutan.mula-mula singa yang berpura-pura keluar dari malaysia,sekarang pula tunggu masa sahaja pulau pinang pula nak gerak dari malaysia,pikir lah,sekarang ni malaysia ibarat palestin,dan singapura dan pulau pinang ibarat israel.kita bersatu lah bersatu lah bersatu lah. kita dah nampak apa yang ada didepan mata,kenapa kita tidak mahu melangkah untuk berjabat tangan? adakah kita malu dengan agama kita sendiri?? pikir pikir kan lah kerana yahudi ini memang allah jadikan selicik licik nya.
P/S:Allah tidak bertanya tentang bangsamu nanti..Allah tidak bertanya warna kulitmu nanti..Allah tidak bertanya negara apa kamu nanti..tapi Allah bertanya tentang AGAMA MU nanti... ayuh! bangkit wahai saudara saudara ku!
+ini bukan blog 3 line.hahahhaa
Tuesday, November 15, 2011
diasingkan

selama aku hidup terlalu banyak orang aku kenal,bermacam-macam ragam aku lihat dan berbagai-bagai pengalaman aku terima. selama ini selalu ditemankan,selalu bersama bersama rakan-rakan,sahabat dan jua keluarga. tetapi itu aku ambil sebagai mimpi indah yang telah bermain dalam hidup aku. aku telah jumpa kenyataan yang aku seorang yang rasa dan kenyataan ini lah membuat aku terasing dan diasingkan.
+langkah dengan tabah kerana dunia penuh dengan propaganda dan mimpi indah
+permudahkanlah urusan dunia ku agar tidak dilalaikan :)
Saturday, May 14, 2011
kawan atau sahabat ?

didalam dunia ini setiap benda yang hidup pasti ada jantan dan betinanya.keduanya mempunyai kelebhihan dan kekurangan dan dari kelebihan yang kita ada,kita tunjukkan,dan dari kekurangan itu kita perhatikan untuk dijadikan kelebihan.kalau berkawan janganlah selalu berkira,kalau nak belajar mengira matematik tak de hal lah hehehe.kita seharuslah memahami perangai masing-masing kerana itu yang membuat kita jadi kuat bak kata orang bila ditiup angin tarak runtuh maaaa.dengan kawan kawan lah kita boleh naik satu taraf lagi hebat dari berkawan iaitu bersahabat.bagi akulah,aku boleh menerima perangai orang lain,tetapi yang selalu bermain dalam pikiran aku,adakah orang akan menerima perangai aku? hahahhaa.mcm kelaka pun ada :p tetapi buat rilex je sudah,kalau kita ade buat salah,tegur lah,sebab aku ni tak perfect dan itu gunanya sahabat sebab sahabat yang bagus adalah sahabat yang menegur keburukan seseorang itu dari mendiamkan diri.so SIAPA DAH BACA INI BLOG,PEGI KAT KAWAN KORANG,TEGUR LAH DAH MENGHARAP SUATU HARI NANTI MEREKA PUN AKAN MENEGUR KITA :)
P/S: TEGUR MENEGUR KAN DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM,YANG BAIK KITA TERIMA,YANG JAHAT KITA KAHAK JE MUKA DIA :P HAHAHAHAHA
Subscribe to:
Comments (Atom)

