Wednesday, May 2, 2012
orkid ungu orkid biru
selama ini tiada perasaan dan tidak perasan akan kehadiran didalam hari-hari ini.membantu dalam diam,menyokong dalam tawa,
bila memori mengundur masa ke belakang,baru kusedar terlalu bahagia sebenarnya.mengapakah begini? adakah aku dipukau oleh dunia dan dosa menyelubungi hari-hari yang indah sampai dibutakan mata untuk melihat keindahannya.
cahaya yang mengisi,menjadi penyeri.
walaupun kecil tegak berdiri,
kerana disirami dan ditaburi baja hari ke hari
akan ku ingat jasa dan bakti sampai hilang degup dihati.
kau lah orkid ungu.
sejuk seperti salji terik seperti mentari pagi,
selalu berada disisi sekarang pandai membawa diri.
bermurah hati itu lah peribadi
menyinar sepanjang hari tersentuh dihati.
kau lah orkid biru.
ini sahaja yang dapat ku coretkan
untuk menjadi ingatan jika ketiadaan
dari saya untuk kamu
wahai dua orkid pujaan selalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment