Sunday, May 2, 2010

music+style+perception= WTF


siapa kata imej menunjukan lambang music mereka?


what is music,what is style and what is perception? music+style+perception=wtf.Tetapi disini kalau di combine akan berbalik kepada manusia sendiri.Muzik adalah permainan dunia dan betol orang kata jika tiada muzik, dunia ini mesti membosankan.Irama dan lagu tidak boleh dipisahkan.Tetapi apa yang cuba disampaikan disini ialah music,style and perception boleh dipisahkan.Persoalannya ialah,adakah kita terlalu kolot untuk menilai seseorang itu dengan menilai cara mereka melayan manusia sombong atau tidak,music yang dilayan,dan cara pemakaian mereka? semua itu tidak penting kerana ketiga-tiga elemen yang dibincangkan adalah terbahagi kepada bahagian masing-masing.

Definasi muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu bergantung kepada sejarah,lokasi,budaya dan citarasa seseorang.Tetapi benda yang ingin ditekankan ialah budaya dan cita rasa seseorang itu tentang muzik.Terdapat segelintir manusia di Malaysia memikirkan dengan gaya pakaian yang dibawa akan menentukan imej muzik yang dilayankan oleh seseorang itu.Kita jangan lah terlalu mengikut pandangan negara barat dengan imej pakaian yang dibawa oleh mereka itu adalah muzik mereka.Sebagai contoh,bila memakai seluar koyak rabak,berbaju kemeja dan berambut panjang(kusut masai),itu adalah orang yang fanatik dengan muzik grunge.Berambut mohawk,berseluar sendat,bertindik itu adalah emej seseorang yang mendegar muzik punk.Megapakah kita(rakyat malaysia) terlalu mengikut atau obses dengan budaya barat dan juga budaya-budaya lain?

Benda yang cuba disampaikan disini ialah,kita mestilah tunjukan kepada sesama kita yang kita mempunyai pegangan sendiri.Bila kita telah menunjukan budaya kita kepada sesama kita,barulah lah budaya muzik Malaysia akan dipandang oleh negara-negara lain.Kita kaya dengan adab dan budi bahasa.Kita sekarang ibarat "katak didalam bekas kaca" dimana kita sudah cukup lama memerhati dan meniru budaya luar dan cuba kita tunjukan kepada mereka yang KITAadalah bangsa yang mempunyai pegangan sendiri.Keluarlah dari balang kaca dan tunjuk kita boleh lakukan.Ambil yang positif dari mereka dan negatif tanamlah kedalam tanah sehingga kelapisan terakhir bumi.

Tunjukan lah kita boleh dan berpikiran dan mempunyai pegangan seidiri.jika kita tunjukan bersama-sama,tidak mustahil kita akan dihormati dan dicontohi oleh bangsa-bangsa lain.Ini bukan sahaja untuk muzik,tetapi juga untuk pekerjaan,kehidupan,pergaulan dan juga keAgamaan.

p/s muafakat membawa berkat dan tunjukan identiti kita sendiri :)

1 comment:

specsy said...

yer!nazim!aku sokong ko! ;)