Monday, December 13, 2010

air


cuba kita lihat dah mengkaji keunikan ciptaan semula jadi yang dicipta oleh-NYA.Tetapi,dalam diri manusia ini,banyak yang boleh dikaitkan dengan unsur-unsur semula jadi.seperti air,api,tumbuhan,tanah,dan lain-lain.

apa yang ingin disampai disini hasil pemikiran dari sudut kehidupan,saya lagi berminat untuk mengkaji sifat-sifat air.memang semua orang mempunyai semua sifat-sifat,kerana kita diciptakan COMPLETE SET LAH.haha

air itu penting untuk hidup,tetapi adakah anda kaji apakah yang ada didunia ini tetang air.sebagai contoh,tasik,airnya bertakung.dalam takungan itu banyak hidupan didalam nya,ini menunjukkan keadaan air tenang,tetapi kandungannya penuh dengan kebahagiaan.

jika kita lihat juga air terjun,apa yang boleh dilihat ialah,air itu tidak putus-putus mengeluarkan sumber sumber air yang segar,dan berani terjun dari atas sampai lah kebawah,tetapi masih lagi ade hidupan didalamnya.apa yag ingin ditunjukkan disini ialah,kita mesti berani untuk hidup kerana,hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan.kita seharusnya jangan lah berputus asa dengan apa yang dilakukan,semangat mestilah menyerupai air terjun,tidak pernah putus,tidak penah lekang walaupun jalannya penuh dengan rintangan dengan batu-batuan yang keras dah bengkang-bengkok,tetapi masih lagi ada hidupan didalamnya.

sama seperti air di sungai juga.air disungai,ia mengalir mengikut lorong-lorong yang disediakan,ada masanya deras,ada masanya tenang mengalir,ada masanya banjir,tetapi kehidupan didalam nye penuh dengan kegembiraan.ini juga boleh dikaitkan dengan perangai manusia untuk menyelesaikan sesuatu masalah.sama seperti air disungai,tetapi yang penting isi didalamnya adalah untuk kebahagiaan.

bagaimana pula dengan air laut? air laut itu masin,besar,macam macam yang terkandung dilaut.tetapi yang ingin disampaikan disini ialah,anda perlu mengkaji sendiri keadaan dilaut.kerana bagi saya,tidak semua ilmu yang kita dapat dengan hanya membaca,mendengar,tetapi kita harus melihat,mengkaji,dan berfikir menentukan arah hidup kita kerana kita mempunyai otak untuk menghubung kaitkan benda benda yang ada dengan kita dengan hati yang munri untuk mencapai kebahagiaan :)

p/s: kalau air kumbahan sendiri mahu ingatlah kalau terbau..hahahhahahaha

sorry ayat macam budak budak sekolah rendah.tapi yang penting bukan ayat,tetapi isi dia yang bermaknye :)

2 comments:

specsy said...

kau ni.
terer gak bermadah madah ek?heehe

farah jaamat said...

bila tgok rupa ko,tak leh cye ko 2lis mcm ni zim :P haha..tp mmg aku terperanjat laa ! hahaha