Thursday, September 23, 2010

minat versi dua


sebelum ini saya pernah menulis tentang MINAT dengan mengatakan minat saya tidak tetap dan masih mencari minat.setelah berfikir jauh, akhirnya 23.09.2010,saya sedar bahawa terdapat minat yang yang sudah lama dilakukan oleh saya yang saya tidak nampak.Minat itu adalah minat yang saya kerap lakukan dan boleh dikatakan sejak dari kecil dan setiap hari saya melakukannya kerana minat itu adalah minat mengacau orang :) saya menyedari minat ini berpunca di banggunan baru (Uitm Lendu) apabila saya berjalan dengan seorang kawan saya, joe (bukan nama sebenar).saya telah ternampak suiz kebakaran berwarna hitam bertulisan (press here). tanpa menyedari,tangan ini bergerak dengan pantas menekan suiz itu.dalam masa yang singkat,loceng kebakaran berbunyi.hahaha sangat kelakar apabila melihat gelagat lecturer yang kelam-kabut meninjau apa yang terjadi.saya rasa amat berbangga kerana dengan satu pekara yang saya lakukan,saya dapat mengacau ramai orang berpunca dari loceng kebakaran yang berbunyi dan yang saya pasti bunyi itu memang mengjengkelkan kepada semua pelajar yang belajar di banggunan baru itu.heheehe

-hari itu adalah hari bahagia saya

-dah macam karangan budak sekolah rendah :p

-saya meminta maaf kepada semua :)

Saturday, September 18, 2010

kerja

pengalaman berkerja selama 4 hari banyak memberi pengajaran yang berguna untuk masa hadapan.kerja bukan makan gaji bukanlah senang seperti yang dimenungkan,tetapi MEMANG "hoa liaaauuuu". banyak benda boleh dilihat,tetapi benda bagi diri aku yang menyeronokkan ialah aku dapat jumpa banyak jenis orang.dan selama ini aku cukup suka memerhati orang(bukan menilai) banyak baik buruk aku belajar.thnx to allah :)

ego?


ego? yang kau tahu dan nampak, ego orang lain je. ego kau ada engkau nampak? bercerita nak power, tapi buat sakit hati lagi ada lah. eceeeeeeeh kau. MACAM YEK YEK JER LAH!! kalau boleh nak tunjuk satu malaysia kau punya kecoh tu! hal sendiri,biar sendiri simpan,sendiri makan. jangan nak budget-budget kau tu betol dan aku langsung tak paham apa yang kau nak crita dekat aku! bila aku buat-buat tak dengar,kau bising-bising konon-konon.TAPI,bila aku terang apa pula pendapat aku,kau gelabah,aku takdaLAH rilex Tapi masih boleh terang kan lagi,tapi bila dah banyak kali terangkan dengan cara kau budget-budget macam kau ni betol sangat! lepas itu cakap kau paham! WTF! siap nak buat konklusi,apa CITER ni? bila aku dah x tahan memang susah lah kan nak kesah benda-benda bodoh. memang aku jadi macam dulu lah kan. Hilang seorang pun ADA AKU KESAH!!!!!!!

P/S:

-i don't give a fuck!! ( ada aku kesah )

-satu jalan short cut, jangan lah nak pusing ikot jalan lagi jauh, sebab, bila ikut jalan jauh,lagi jauh peginya :)

-jangan cakap benda kecik boleh settle sebab benda kecik boleh jadi besar!

-memang aku ni budak-budak.terima kasih :)

Saturday, September 4, 2010

BAHASA


BA HA SA ? Bahasa dari pandangan diri sendiri yang terlintas di otak kanan ini adalah, perkataan yang membolehkan manusia berkomunikasi dengan lancar dan berkesan. Di MALAYSIA , bahasa utama diguna pakai untuk berkomunikasi ialah bahasa MELAYU, atau dikenali juga dengan nama bahasa MALAYSIA dan bahasa IBUNDA. Tetapi hari ini, bahasa MELAYU telah menjadi bahasa yang KE-2 di Malaysia walaupun taraf sebenar bahasa MELAYU ini adalah bahasa IBUNDA iaitu bahasa utama di MALAYSIA. Kenapa ini terjadi? adakah kita malu dengan bahasa kita sendiri? mengapa tempat-tempat yang menarik di MALAYSIA diselit kan juga dengan nama-nama OMPUTIH/MATSALLEH/ENGLISH?

Kita sebenarnya memang sudah lama merdeka.Sudah 53tahun merdeka,tetapi merdeka itu hanya sekadar merdeka sahaja,tetapi pemikiran kita 53tahun kebelakang kerana masih lagi mengagungkan lagi budaya-budaya dari luar. Mengapa kita tidak berbangga dengan budaya kita sendiri? cuba kita menterbalikan dunia ini bersama-sama dengan menunjukan budaya kita kepada orang-orang luar KERANA BUDAYA KITA CUKUP INDAH UNTUK DIIKUTI:)

Saturday, August 21, 2010

tiada minat


urghhhhhhhhhhhh!!


aku tak tahu doh.aku dari kecik tidak tahu apa minat aku.minat ada,tetapi kejap jer minat itu datang dan kejap jer pergi.haha.tolong aku! dulu aku minat muzik,sekarang muzik itu sekadar untuk sedap-sedap telinga sahaja,dulu aku minat gitar,sekarang gitar main campak-campak,dulu aku minat main snoker,sekarang main snooker que pon boleh patah.banyak benda aku buat seperti manusia-manusia lain,kalau nak tulis pon aku rasa panjang sangat.aku tidak paham langsung apa kena dengan aku ni! aku sedang mencari minat yang boleh kekal sampai bila-bila,tetapi sedang mencari dan berharap suatu hari nanti minat itu akan muncul dalam hati aku :) amin

Sunday, May 2, 2010

music+style+perception= WTF


siapa kata imej menunjukan lambang music mereka?


what is music,what is style and what is perception? music+style+perception=wtf.Tetapi disini kalau di combine akan berbalik kepada manusia sendiri.Muzik adalah permainan dunia dan betol orang kata jika tiada muzik, dunia ini mesti membosankan.Irama dan lagu tidak boleh dipisahkan.Tetapi apa yang cuba disampaikan disini ialah music,style and perception boleh dipisahkan.Persoalannya ialah,adakah kita terlalu kolot untuk menilai seseorang itu dengan menilai cara mereka melayan manusia sombong atau tidak,music yang dilayan,dan cara pemakaian mereka? semua itu tidak penting kerana ketiga-tiga elemen yang dibincangkan adalah terbahagi kepada bahagian masing-masing.

Definasi muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu bergantung kepada sejarah,lokasi,budaya dan citarasa seseorang.Tetapi benda yang ingin ditekankan ialah budaya dan cita rasa seseorang itu tentang muzik.Terdapat segelintir manusia di Malaysia memikirkan dengan gaya pakaian yang dibawa akan menentukan imej muzik yang dilayankan oleh seseorang itu.Kita jangan lah terlalu mengikut pandangan negara barat dengan imej pakaian yang dibawa oleh mereka itu adalah muzik mereka.Sebagai contoh,bila memakai seluar koyak rabak,berbaju kemeja dan berambut panjang(kusut masai),itu adalah orang yang fanatik dengan muzik grunge.Berambut mohawk,berseluar sendat,bertindik itu adalah emej seseorang yang mendegar muzik punk.Megapakah kita(rakyat malaysia) terlalu mengikut atau obses dengan budaya barat dan juga budaya-budaya lain?

Benda yang cuba disampaikan disini ialah,kita mestilah tunjukan kepada sesama kita yang kita mempunyai pegangan sendiri.Bila kita telah menunjukan budaya kita kepada sesama kita,barulah lah budaya muzik Malaysia akan dipandang oleh negara-negara lain.Kita kaya dengan adab dan budi bahasa.Kita sekarang ibarat "katak didalam bekas kaca" dimana kita sudah cukup lama memerhati dan meniru budaya luar dan cuba kita tunjukan kepada mereka yang KITAadalah bangsa yang mempunyai pegangan sendiri.Keluarlah dari balang kaca dan tunjuk kita boleh lakukan.Ambil yang positif dari mereka dan negatif tanamlah kedalam tanah sehingga kelapisan terakhir bumi.

Tunjukan lah kita boleh dan berpikiran dan mempunyai pegangan seidiri.jika kita tunjukan bersama-sama,tidak mustahil kita akan dihormati dan dicontohi oleh bangsa-bangsa lain.Ini bukan sahaja untuk muzik,tetapi juga untuk pekerjaan,kehidupan,pergaulan dan juga keAgamaan.

p/s muafakat membawa berkat dan tunjukan identiti kita sendiri :)

Saturday, April 24, 2010

otak


otak? apakah itu otak.Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.Disini cuba ingin saya sampaikan ialah,otak ini organ yg paling istimewa yg diciptakan oleh pencipta-NYA.Dengan terduduk diatas kerusi selama 2jam berdepankan laptop di atas meja,seronok bila mengingati pengalaman lepas.

facebook adalah punca pertemuan,perdebatan,dan segmen terjah berlaku disini bersama member:) cerita yang paling mendapat tempat di hati peminat adalah cerita surat ku bukan surat mu :) hehehe. cerita nya berbunyi,seorang member saya bernama ash (bukan name sebena) telah ditipu oleh aien,auk,najim,emy and hani (juga bukan nama sebenar) telah menyuruh pika (upss nama sebenar) menyamar menjadi wanie ( ups2 name sebenar juga) untuk menulis surat kepada ash bahawa wanie menyukai botak tanpa pengetahuan wanie:) setelah ash menerima surat itu,ash hendak membalas tetapi tidak kesampaian kerana agak malu disitu. lama-kelamaan,setelah surat berkali-kali ditulis oleh pika sampai ke tangan ash,hati pika mula begetar laju dan perasaan cinta kepada ash dan perasaan itu tidak pernah diluahkan selama 7 tahun.dari meningati pengalaman lepas dan terus menjadi punca fikiran dan terus beremosi,itulah istimewa otak kita :)


persoalannya disini,adakah pika akan meluahkan perasaannya kepada ash? kita nantikan bersama!

p/s

gurauan semata-mata,juz nk cerita fungsi otak sahaja:) kalu dpt ingt bende yg lepas pasti seronok kan bila jmpe.nk2 pika gn botak jmpe,mesti malu2 kucing..miowwww :)