Thursday, December 29, 2011

terima kasih


kadang kadang kita berada dalam keadaan tenang,
dalam tenang ada kemuskilan datang,
sampai bermain diminda dengan satu hasutan halus,
sampai terlupa sang gegaran jauh ditiggalkan.

berjalan ditemani bayang bayang,
tetapi bila gelap ia pun hilang,
bermula hidup yang gelap ditemani cahaya yang malap,
dengan getar cinta yang pundar.

terima kasih kerana banyak membantu,
untuk merasakan cinta yang mendalam,
jatuhan tetap jatuhan,
tetapi ku ambil untuk mengikuti sang pangeran cinta

syukran

Friday, November 18, 2011

persatuan dan bersatu ?



assalammualikum and hyee.. (dah macam video member aku buat dah) teeeeeeeeeeeet*
aku disini cuma mahu berkongsi pendapat aku tentang persatuan yang tidak menyatukan dan lebih membahayakan lagi adalah persatuan yang yang yang APE EHH?? ahh lupa kan sahaja lah.nanti aku ingat aku message ok.

berbalik kepada topik diatas,aku ingin menyampaikan,persatuan tidak bersalah,tetapi yang bersalah disini ialah ORANG atau bahasa lainnya MANUSIA yang macam binatang. sikit sikit nak bergaduh,padahal satu agama,mengucap TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH,NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH,tapi masih lagi bertikam lidah dan salah-menyalah.sebagai contoh,dalam malaysia sahaja sudah,UMNO fight dengan PAS,PAS fight dengan john cena.dan pakatan rakyat fight dengan sape sape entah. kita ni dah lah satu agama,jangan lah macam ni,macam mana kita nak menang kalau tiada perpaduan disini.yahudi dah lah pandai,negara sekecil semut tu pon boleh makan negara sebesar palestin. di MALAYSIA pun juga bergitu, negara kita yang besar tunggu masa sahaja singa yang berpura-pura baham harimau di hutan.mula-mula singa yang berpura-pura keluar dari malaysia,sekarang pula tunggu masa sahaja pulau pinang pula nak gerak dari malaysia,pikir lah,sekarang ni malaysia ibarat palestin,dan singapura dan pulau pinang ibarat israel.kita bersatu lah bersatu lah bersatu lah. kita dah nampak apa yang ada didepan mata,kenapa kita tidak mahu melangkah untuk berjabat tangan? adakah kita malu dengan agama kita sendiri?? pikir pikir kan lah kerana yahudi ini memang allah jadikan selicik licik nya.

P/S:Allah tidak bertanya tentang bangsamu nanti..Allah tidak bertanya warna kulitmu nanti..Allah tidak bertanya negara apa kamu nanti..tapi Allah bertanya tentang AGAMA MU nanti... ayuh! bangkit wahai saudara saudara ku!

+ini bukan blog 3 line.hahahhaa

Tuesday, November 15, 2011

diasingkan





selama aku hidup terlalu banyak orang aku kenal,bermacam-macam ragam aku lihat dan berbagai-bagai pengalaman aku terima. selama ini selalu ditemankan,selalu bersama bersama rakan-rakan,sahabat dan jua keluarga. tetapi itu aku ambil sebagai mimpi indah yang telah bermain dalam hidup aku. aku telah jumpa kenyataan yang aku seorang yang rasa dan kenyataan ini lah membuat aku terasing dan diasingkan.

+langkah dengan tabah kerana dunia penuh dengan propaganda dan mimpi indah

+permudahkanlah urusan dunia ku agar tidak dilalaikan :)

Saturday, May 14, 2011

kawan atau sahabat ?


didalam dunia ini setiap benda yang hidup pasti ada jantan dan betinanya.keduanya mempunyai kelebhihan dan kekurangan dan dari kelebihan yang kita ada,kita tunjukkan,dan dari kekurangan itu kita perhatikan untuk dijadikan kelebihan.kalau berkawan janganlah selalu berkira,kalau nak belajar mengira matematik tak de hal lah hehehe.kita seharuslah memahami perangai masing-masing kerana itu yang membuat kita jadi kuat bak kata orang bila ditiup angin tarak runtuh maaaa.dengan kawan kawan lah kita boleh naik satu taraf lagi hebat dari berkawan iaitu bersahabat.bagi akulah,aku boleh menerima perangai orang lain,tetapi yang selalu bermain dalam pikiran aku,adakah orang akan menerima perangai aku? hahahhaa.mcm kelaka pun ada :p tetapi buat rilex je sudah,kalau kita ade buat salah,tegur lah,sebab aku ni tak perfect dan itu gunanya sahabat sebab sahabat yang bagus adalah sahabat yang menegur keburukan seseorang itu dari mendiamkan diri.so SIAPA DAH BACA INI BLOG,PEGI KAT KAWAN KORANG,TEGUR LAH DAH MENGHARAP SUATU HARI NANTI MEREKA PUN AKAN MENEGUR KITA :)

P/S: TEGUR MENEGUR KAN DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM,YANG BAIK KITA TERIMA,YANG JAHAT KITA KAHAK JE MUKA DIA :P HAHAHAHAHA

Monday, December 13, 2010

air


cuba kita lihat dah mengkaji keunikan ciptaan semula jadi yang dicipta oleh-NYA.Tetapi,dalam diri manusia ini,banyak yang boleh dikaitkan dengan unsur-unsur semula jadi.seperti air,api,tumbuhan,tanah,dan lain-lain.

apa yang ingin disampai disini hasil pemikiran dari sudut kehidupan,saya lagi berminat untuk mengkaji sifat-sifat air.memang semua orang mempunyai semua sifat-sifat,kerana kita diciptakan COMPLETE SET LAH.haha

air itu penting untuk hidup,tetapi adakah anda kaji apakah yang ada didunia ini tetang air.sebagai contoh,tasik,airnya bertakung.dalam takungan itu banyak hidupan didalam nya,ini menunjukkan keadaan air tenang,tetapi kandungannya penuh dengan kebahagiaan.

jika kita lihat juga air terjun,apa yang boleh dilihat ialah,air itu tidak putus-putus mengeluarkan sumber sumber air yang segar,dan berani terjun dari atas sampai lah kebawah,tetapi masih lagi ade hidupan didalamnya.apa yag ingin ditunjukkan disini ialah,kita mesti berani untuk hidup kerana,hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan.kita seharusnya jangan lah berputus asa dengan apa yang dilakukan,semangat mestilah menyerupai air terjun,tidak pernah putus,tidak penah lekang walaupun jalannya penuh dengan rintangan dengan batu-batuan yang keras dah bengkang-bengkok,tetapi masih lagi ada hidupan didalamnya.

sama seperti air di sungai juga.air disungai,ia mengalir mengikut lorong-lorong yang disediakan,ada masanya deras,ada masanya tenang mengalir,ada masanya banjir,tetapi kehidupan didalam nye penuh dengan kegembiraan.ini juga boleh dikaitkan dengan perangai manusia untuk menyelesaikan sesuatu masalah.sama seperti air disungai,tetapi yang penting isi didalamnya adalah untuk kebahagiaan.

bagaimana pula dengan air laut? air laut itu masin,besar,macam macam yang terkandung dilaut.tetapi yang ingin disampaikan disini ialah,anda perlu mengkaji sendiri keadaan dilaut.kerana bagi saya,tidak semua ilmu yang kita dapat dengan hanya membaca,mendengar,tetapi kita harus melihat,mengkaji,dan berfikir menentukan arah hidup kita kerana kita mempunyai otak untuk menghubung kaitkan benda benda yang ada dengan kita dengan hati yang munri untuk mencapai kebahagiaan :)

p/s: kalau air kumbahan sendiri mahu ingatlah kalau terbau..hahahhahahaha

sorry ayat macam budak budak sekolah rendah.tapi yang penting bukan ayat,tetapi isi dia yang bermaknye :)

perempuan


Perempuan atau wanita ialah salah satu daripada dua jantina bagi manusia; iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan perkataan "perempuan" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai betina.

tetapi yang ingin disampaikan disini ialah,perempuan yang dikatakan perfect:-p

-perempuan yang bercita-cita

-perempuan yang tahu batas-batas hidup

-perempuan yang tahu menjaga hati pasangannya

-perempuan yang berani menjadi AIR apabila pasangannya menjadi API

-perempuan yang tahu apa pasangannya mahu dan apa yang tidak mahu

-perempuan yang paham situasi dan berfikir dan paham apa pasangannya cuba lakukan

INI APA YANG MAMPU SAYA TULIS BUAT SEMENTARA WAKTU :)
DAN JIKA ADA TERLINTAS DI FIKIRAN,AKAN DI-UPDATE KAN :)

P/S:TIDAK SUSAH MENCARI SUSAH,TIDAK SENANG UNTUK MENCARI SENANG,TIDAK SUSAH MENCARI DUKA,TIDAK SENANG MENCARI KEBAHAGIAAN.(universal)

HEHE,MACAM REAL REAL SIAK KAU NI JIM ;P

Thursday, September 23, 2010

minat versi dua


sebelum ini saya pernah menulis tentang MINAT dengan mengatakan minat saya tidak tetap dan masih mencari minat.setelah berfikir jauh, akhirnya 23.09.2010,saya sedar bahawa terdapat minat yang yang sudah lama dilakukan oleh saya yang saya tidak nampak.Minat itu adalah minat yang saya kerap lakukan dan boleh dikatakan sejak dari kecil dan setiap hari saya melakukannya kerana minat itu adalah minat mengacau orang :) saya menyedari minat ini berpunca di banggunan baru (Uitm Lendu) apabila saya berjalan dengan seorang kawan saya, joe (bukan nama sebenar).saya telah ternampak suiz kebakaran berwarna hitam bertulisan (press here). tanpa menyedari,tangan ini bergerak dengan pantas menekan suiz itu.dalam masa yang singkat,loceng kebakaran berbunyi.hahaha sangat kelakar apabila melihat gelagat lecturer yang kelam-kabut meninjau apa yang terjadi.saya rasa amat berbangga kerana dengan satu pekara yang saya lakukan,saya dapat mengacau ramai orang berpunca dari loceng kebakaran yang berbunyi dan yang saya pasti bunyi itu memang mengjengkelkan kepada semua pelajar yang belajar di banggunan baru itu.heheehe

-hari itu adalah hari bahagia saya

-dah macam karangan budak sekolah rendah :p

-saya meminta maaf kepada semua :)